Aku Hanya Gadis BIASA Sahaja .

AHAD 27/10/2013 
 Bismillahhirrahmannirrahim .
Assalammualaikum w.b.t 

Ramai orang cakap miera ni sentiasa happy go lucky . Susah nak tengok miera sedih ataupun menangis . That's why ramai cakap miera kuat . Bagi miera , tak perlu tunjukkan kesedihan atau kedukaan kita dekat orang ramai . Cukup hanya dekat Allah sahaja . Kadang kadang bila kita mula hadapi masalah memang sedih dan akan rasa down sangat . Cuba kita fikir seketika , Kenapa Allah uji kita sedemikian rupa ? Kenapa mesti kita , kenapa tidak orang lain ? kenapa ujiannya sebegini dahsyat . Ya sahabat , Apa yang miera tahu , Allah akan uji hambaNYA yang benar benar kuat , yang benar benar boleh bersabar dan ujian ynag DIA hadirkan itu semua untuk mendidik kita agar lebih bersabar . 


Bersabar denganujian Allah ? Sampai bila ? 
Ya Allah , miera pun kadang kadang tak kuat nak lakukan itu semua . Namun apa yang miera boleh lakukan adalah bersabar dan redha . Itu sudah cukup buat miera rasa bahagia dalam mengharungi ujian Allah . Tak lama mana pun kita perlu bersabar . Sikit je masa yang kita perlukan untuk itu semua . Memang ada antara kita yang akan cakap , kau tak hadapi so kau tak tahu la betapa beratnya ujian Allah bagi kat aku .
Ya , hanya orang yang tengah hadapi masalah itu sahaja yang akan tahu betapa peritnya dugaan Allah . Sebab itu orang disekeliling hanya mampu cakap bersabarlah , ujian Allah untuk kau . Semua orang pernah diuji Allah . Sama ada besar , kecil atau apa jua . yang penting pernah merasakan ujian Allah . 




Aku percaya pada takdirMU Ya Robb , Ya Rahim .

RABU
23/10/2013


Assalammualaikum w.b.t .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . 


Ya Allah , Allahhu Akhbar . Ujian apakah yang sedang Kau rencanakan Ya Robb . 
Andai ini yang terbaik buatku , aku terima seadanya . 
Seseungguhnya Hanya Engkau Sahaja yang Maha Mengetahui . Ya Allah , kenapa aku terlalu jatuh saat kau hadiahkan ujian buat diriku . Kenapa bayangan dia sahaja yang bermain didalam fikiran dan mataku . Dimanakah dia sebenarnya Ya Robb . Sampaikanlah rasa rindu aku ini kepada dia yang mungkin ada tapi aku tidak pernah mengetahui . Dimanakah dia Ya Allah ? Ya Allah , aku terlalu rindukan dia . Ya Robb , andai ini jalan terbaik buat aku , aku terima dengan Redha . Aku bersyukur kerana Kau tidak temukan aku dan dia saat ini kerana aku percaya satu hari nanti pasti aku dan dia bertemu jua didalam jalan yang Engkau Redhai . 

Ya Allah , mungkin dia ada disekeliling aku tapi dek kerana belum kau izinkan aku bertemu dengan dia maka tidaklah aku bertemu dengan dia . Ya , aku pasti rancangan MU sangat hebat . tiada siapa boleh tandingi . Ya Allah , Sedarkanalah aku dari terus dibuai mimpi yang belum pasti menjadi kenyataan . Bukakanlah hati aku untuk dia yang benar benar setia menantiku dijambatan kasih yang HALAL antara aku dan dia . Aku berharap hanya padaMU yang Allah . 


Saat lidah tidak mampu berkata-kata , maka izinkanlah  air mata yang berkata dan sampaikan apa jua yang aku pendamkan .


Jalan takdirMU terlalu indah dan terlalu sulit untuk aku fahami . Permudahkanlah ya Robb agar hati dan jiwa ku ketemu dengan ketengan yang kau pernah ciptakan suatu saat dahaulu .